ANGGOTA polis Toronto sedang melakukan penyiasatan di kawasan kejadian. FOTO/AFP
ANGGOTA polis Toronto sedang melakukan penyiasatan di kawasan kejadian. FOTO/AFP
Reuters

TORONTO : Lelaki yang dituduh menembak 15 orang dan membunuh dua lagi di sebuah restoran dipenuhi pelanggan di sini semalam mengalami masalah mental, kata ahli keluarganya dalam satu kenyataan kepada polis, lewat malam tadi.

Kurang dari tempoh 24 jam selepas kejadian, Unit Siasatan Khas (SIU) berjaya mengesahkan identiti suspek sebagai Faisal Hussain, 29 yang juga seorang penduduk tempatan..

Menurut pihak berkuasa, Faisal ditemui mati selepas kes berkenaan.

“Kami tidak tahu mengapa kejadian ini boleh berlaku,” kata Ketua Polis Toronto, Mark Saunders kepada wartawan sambil menambah, beliau tidak mahu memberikan sebarang spekulasi berhubung motif penyerang.

“Terlalu awal untuk membuat keputusan berhubung kejadian ini,” katanya.

Menurut SIU, suspek dengan bersenjatakan pistol melepaskan tembakan rambang pada jam 10 malam waktu tempatan, Ahad lalu di sepanjang jalan Danforth Avenue yang dipenuhi restoran dan tarikan mesra keluarga di kawasan kejiranan Greektown.

“Kami amat berduka dengan laporan berita bahawa anak kami bertanggungjawab melakukan serangan ganas yang meragut nyawa manusia,” tulis keluarga Faisal dalam satu kenyataan, sambil menambah pemuda berkenaan mengalami masalah mental termasuk kemurungan dan psikosis sepanjang usianya.

“Kami berusaha memberikan dia rawatan terbaik bagi membantu anak kami berdepan masalah itu dan tidak menyangka kejadian seburuk ini boleh berlaku,” kata mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Julai 2018 @ 7:50 AM