Hsien Loong
Hsien Loong
BEKAS kediaman keluarga itu yang  menjadi punca sengketa antara tiga beradik terbabit.  - Agensi
BEKAS kediaman keluarga itu yang menjadi punca sengketa antara tiga beradik terbabit. - Agensi
Agensi

Singapura: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyambut baik hasrat dua adiknya untuk tidak meneruskan secara terbuka perselisihan keluarga berkait dengan rumah mendiang ayah mereka, sebaliknya menangani hal itu secara keluarga.

“Itu yang saya mahukan,” kata Hsien Loong dalam satu kenyataan malam kelmarin.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai mengulas kenyataan dua adiknya - Lee Wei Ling dan Lee Hsien Yang - yang berkata, mereka akan berhenti mendedahkan bukti lanjut di media sosial ‘asalkan mereka dan hasrat ayah mereka tidak diserang atau diberi gambaran yang salah.’

Hsien Loong berkata, dia bagaimanapun tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan Wei Ling dan Hsien Yang.

Antara syarat yang dikenakan kedua-dua adiknya itu bagi menyelesaikan kemelut keluarga itu ialah Perdana Menteri Singapura itu perlu menarik balik Kenyataan Menterinya dan perdebatan di Parlimen selain membubarkan jawatankuasa menteri yang ditugaskan meneroka pilihan mengenai masa depan rumah yang menjadi pertelingkahan itu.

“Saya tidak dapat memenuhi syarat berkenaan. Saya tidak dapat bersetuju dengan itu semua. Ia tidak elok dan tidak bertanggungjawab,” kata Hsien Loong dalam kenyataannya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Julai 2017 @ 3:17 AM