Reuters

Singapura: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil cuti sakit sehingga 29 Ogos depan atas nasihat doktornya.

Hsien Loong tiba-tiba kurang sihat ketika menyampaikan ucapan di perhimpunan Hari Kebangsaan kelmarin, tetapi kembali ke pentas selepas berehat selama sejam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, keadaan Hsien Loong berpunca daripada penurunan tekanan darah dan kerana berdiri terlalu lama, keletihan dan dehidrasi.

Doktor mengesahkan Hsien Loong tidak mengalami masalah jantung atau di serang strok.

Timbalannya, Teo Chee Hean akan memangku tugas perdana menteri sepanjang dia bercuti. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2016 @ 8:07 AM