Pemandangan di bangunan Parlimen Singapura yang dirakam hari ini. FOTO Reuters
Pemandangan di bangunan Parlimen Singapura yang dirakam hari ini. FOTO Reuters

Kuala Lumpur: Kerajaan Singapura hari ini mengumumkan pembubaran Parlimennya untuk Pilihan Raya Umum (PRU) republik itu.

Presiden Singapura Tony Tan membubarkan Parlimen selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Berdasarkan Writ Pilihan Raya yang dikeluarkan, hari penamaan calon adalah pada 1 September ini, manakala 11 September hari pengundian

Hsien Loong dalam Twitternya memaklumkan PRU ini adalah mengenai masa depan Singapura.

PRU kali ini adalah PRU pertama republik itu tanpa tokoh berpengaruh yang juga bapa Hsien Loong, Lee Kuan Yew yang meninggal dunia Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 4:57 PM