Lobi tempat pesakit mendaftar yang menjadi lokasi letupan. - Foto Bangkok Post
Lobi tempat pesakit mendaftar yang menjadi lokasi letupan. - Foto Bangkok Post
Agensi

LETUPAN dipercayai bom menggegarkan Hospital Raja Mongkut di Bangkok menyebabkan 24 orang cedera hari ini, yang juga hari ulang tahun ketiga rampasan kuasa tentera.

Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian di Hospital Phramongkutklao itu.

Bangkok Post melaporkan letupan itu yang dikatakan berlaku di ruang lobi kira-kira 11 pagi dan pasukan penyiasat menemui serpihan bateri dan kabel elektrik dipercayai sisa bom

Hospital berkenaan popular dalam kalangan pesara tentera.

Sebahagian besar mangsa cedera terkena serpihan kaca yang pecah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mei 2017 @ 3:32 PM