Noraniza Azmi

Petaling Jaya : Media Prima Omnia melancarkan inisiatif RECONNECT 2022 untuk menghubungkan semula pelanggan lama dan menarik perhatian usahawan baharu. 

Dengan capaian kolektif lebih daripada 26 juta rakyat Malaysia, Media Prima Omnia menguasai pasaran televisyen, radio, media cetak, digital dan platform pengiklanan luar terkemuka.

Sesi rundingan percuma secara maya selama 30 minit akan diberikan dengan matlamat untuk membantu mempercepat pertumbuhan perniagaan anda, sekaligus untuk menyasar pelanggan yang tepat pada masa yang sesuai dengan penyelesaian pemasaran mudah Omnia. 

Selain itu, program eksklusif ini membolehkan usahawan mencapai pasaran berpotensi menerusi strategi pengiklanan pelbagai jenama media premium yang dinamik, bertenaga dan unik seterusnya menjadikan perniagaan anda kekal mendahului pesaing menerusi perancangan kempen yang mampan. 

RECONNECT 2022 juga peluang keemasan untuk anda mendapat pendedahan tentang keberkesanan pengiklanan televisyen, radio, media cetak, digital dan platform pengiklanan luar terkemuka. 

Image

Malah, peserta juga akan diberi khidmat nasihat secara langsung tentang pengiklanan dan pemasaran daripada golongan profesional industri media. 

Dengan menyertai program eksklusif ini, anda boleh mendapatkan penyelesaian pemasaran dengan ROI ( pulangan pelaburan) yang tinggi menerusi pelbagai pakej yang disediakan. 

Semasa acara berlangsung, peserta layak untuk mendapat diskaun pengiklanan sehingga 80 peratus berbanding kadar biasa dan produksi profesional secara percuma untuk kempen pemasaran.

RECONNECT 2022 akan diadakan selama satu minggu bermula daripada 22 November sehingga 26 November 2021. 

Pemilik perniagaan, pengurus dan perancang pemasaran serta agensi dialu-alukan untuk menyertai program ini dengan mendaftar menerusi laman sesawang rsvpreconnect.com.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 November 2021 @ 4:10 PM