Nurshafika Suhaimi

Kuala Lumpur: Dana Iklan Digital OHSEM kembali untuk tahun 2024 versi 2.0 selepas sambutan hangat dilancarkan tahun lalu.

Dana ini adalah satu kerjasama di antara Dattel Asia Group (DTL), REV Media Group (REV) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Dana Iklan Digital OHSEM 2.0 kali ini lebih besar dengan nilai RM42 juta dan mensasarkan 2,000 PMKS. 

Pengiklanan untuk PKS selalunya di jalankan di platform media sosial dan pada lazimnya, platform kandungan premium seperti SAYS, Berita Harian, NST, Siraplimau, OHBULAN! tidak termasuk dalam pertimbangan PMKS dalam menjalankan pengiklanan.

Dengan adanya Dana Iklan Digital OHSEM ini, diharapkan usahawan PKS terutamanya, mempunyai pilihan selain dari platform media sosial untuk melonjakkan jenama dan jualan mereka.

Usahawan PKS boleh mendapat akses kepada pengiklanan yang bernilai RM8,000 dengan hanya RM1,000 sahaja melalui Dana ini.

Bukan itu saja, PKS akan menerima baucar pengiklanan bernilai RM 7,000 secara percuma, akses kepada platform data pengguna bernilai RM 10,000 dan diskaun sehingga 85 peratus untuk produk pengiklanan dan teknologi pemasaran.

Anda hanya perlu klik di sini untuk memohon dana ini dan kelulusan akan diberitahu dalam jangka masa 48 jam. 

Dana ini terhad kepada 2,000 usahawan pertama yang membuat permohonan yang di luluskan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Dattel Asia Group, Ashran Dato Ghazi berkata Inisiatif kerjasama swasta dan kerajaan ini amat strategik dan mempunyai impak tiga penjuru iaitu kepada PKS, Platform Konten Lokal dan Ekonomi negara.

PKS

  • Mendapat akses kepada pengiklanan laman kandungan premium seperti REV Media dengan harga mesra PKS.
  • PKS mempunyai pilihan untuk menjalankan iklan selain media sosial.

Platform Konten Lokal

  • Dengan adanya SME beriklan di platform konten lokal, ini dapat memastikan pemain-pemain lokal menjadi lebih mampan. 

Ekonomi negara

  • Mengikut data, rakyat Malaysia berbelanja dalam lingkungan RM2 bilion di platform FB. Secara tak langsung, Ringgit Malaysia keluar dari negara dan ia tidak menjana pusingan ekonomi dalam negara. Inisiatif ini di lihat dalam merancakkan lagi ekonomi dalam negara.

"Alhamdulillah, Dana Iklan Digital OHSEM tahun 2023 mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Saya harap mereka yang terlepas peluang tahun lalu dapat merebut peluang kali ini", katanya.

Dengan dana ini juga, usahawan akan mendapat akses kepada platform profil data pengguna untuk sasaran yang lebih tepat dan juga platform REV Ad Manager yang berkuasakan AI. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee berkata PMKS adalah salah satu teras yang penting untuk REV Media Group dan berharap agar lanjutan program Dana Iklan Digital OHSEM 2.0 kali ini akan memberi kesedaran yang lebih kepada PMKS tentang kelebihan pengiklanan di laman kandungan premium.

Layari https://www.ohsemads.com/danaohsem dan mohon sekarang untuk menjadi 2,000 usahawan yang bertuah pada tahun 2024.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 January 2024 @ 11:41 AM