AKSI di antara Frosinone dan Udinese. FOTO Reuters
AKSI di antara Frosinone dan Udinese. FOTO Reuters
Reuters

Verona: Frosinone tersingkir dari Serie A selepas mereka tewas 0-1 di laman sendiri kepada Udinese dan Empoli menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan menerusi M'Baye Niang untuk menang 2-1 menentang AS Roma.

Udinese yang diancam penyingkiran menewaskan Frosinone dengan gol lewat Keinan Davis, menutup nasib lawan mereka, ketika Empoli mengekalkan status kekal di liga teratas Itali hasil daripada pemain gantian, Niang sebelum penyokong mereka berbondong-bondong ke padang pada penghujung saingan.

Pemain Roma, Houssem Aouar menjaringkan gol penyamaan untuk memadamkan jaringan pendahuluan Empoli melalui Matteo Cancellieri pada minit ke-13.

Bagaimanapun, serangan terakhir Niang menyaksikan Empoli kekal di Serie A untuk tiga musim berturut-turut buat kali pertama.

Sementara itu, Roma menduduki tempat keenam dengan 63 mata dan akan bermain dalam Liga Europa musim depan bersama Lazio yang berada di tempat ketujuh, yang seri 1-1 di tempat sendiri menentang Sassuolo dan berakhir dengan 61 mata.

Frosinone yang kecewa menamatkan musim dengan satu mata di belakang Empoli dan menyertai pasukan tercorot Salernitana, yang diketepikan bulan lalu selepas kekalahan 0-3 di Frosinone, dan nasib Sassuolo, ditentukan hujung minggu lalu selepas kekalahan 0-2 kepada Cagliari.

Frosinone, yang dinaikkan pangkat musim lalu selepas merangkul kejuaraan Serie B, diturunkan semula sekali lagi sama seperti musim 2015-16 dan 2018-19 apabila menduduki tempat ke-19.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2024 @ 12:11 PM