Sesi foto berkumpulan selepas majlis pelancaran REV Ad Manager
Sesi foto berkumpulan selepas majlis pelancaran REV Ad Manager
Noraniza Azmi

Petaling Jaya: REV Media Group (RMG) bergabung tenaga bersama syarikat data dan analisis pengguna, Dattel Asia Group (DAG) dan menjadi penerbit tempatan pertama di Malaysia yang membangunkan platform pengiklanan layan diri berasaskan data (AI). 

Kolaborasi ini menawarkan satu penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi untuk mensasarkan audiens berdasarkan pandangan pengguna strategik. 

Platform layan diri yang dikenali sebagai REV Ad Manager (RAM), membolehkan PKS memanfaatkan data dari platform untuk membuat keputusan pemasaran yang baik.

RAM bertindak sebagai titik permulaan untuk menjalankan kempen pengiklanan dan mencapai audiens ideal untuk PKS memperkembangkan perniagaan mereka.

RAM membolehkan anda mengenal pasti pelanggan, membuat iklan dan menguruskannya dengan lebih mudah. 

Ia sekali gus memberi peluang kepada PKS untuk memanfaatkan 15.8 juta pelawat unik pada rangkaian audiens RMG, mencapai 80 peratus rakyat Malaysia setiap bulan dan kadar istimewa serendah RM1,000 dengan jaminan 100,000 capaian audiens. 

Pakej ini memberi peluang keemasan kepada PKS yang tidak mempunyai akses kepada data pasaran dan memasarkan produk mereka secara rambang. 

Kini, mereka boleh mengenal pasti sasaran pasaran dan memastikan perbelanjaan periklanan mereka memberikan pulangan pelaburan yang terbaik.

ImageRAM membolehkan anda mengenal pasti pelanggan, membuat iklan dan menguruskannya dengan lebih mudah

Ketua Pegawai Eksekutif DAG, Ashran Dato Ghazi berkata, sasaran audiens yang tepat amat penting dalam mana-mana aspek perniagaan. 

"Kami mahu membantu dan memperkasakan PKS dengan data dan yang paling penting dapat membuahkan hasil.

"Bukan sahaja PKS mempunyai lebih banyak pilihan mampu milik untuk berbuat demikian, tetapi juga mendapat peluang untuk memanfaatkan rangkaian pelawat unik mudah alih terbesar di Malaysia,"katanya. 

Ketua Pegawai Eksekutif RMG, Samuel Wee berkata, cara tradisional untuk memperoleh data dan mencipta persona yang sesuai dengan sasaran audiens yang dilakukan oleh pemilik perniagaan PKS dan agensi kini boleh dilakukan dengan mudah menggunakan RAM. 

"Enjin pengesyoran berkuasa AI kami akan mengesyorkan aset media terbaik yang lebih optimum untuk audiens pasaran anda yang akan memudahkan agensi dan jenama.

"Salah satu ciri unik yang dicipta dari kerjasama ini ialah menggunakan audiens pasaran untuk mencipta berbilang persona bagi jenama termasuk memanfaatkan 28 Tingkah Laku Archetypes dan 12 Ciri Nilai Pengguna,"katanya. 

ImageFoto berkumpulan di hadapan Sri Pentas selepas sesi pelancaran REV Ad Manager

REV Marketing Partners termasuklah Zen Communications, BookAD, BrandGeeks, Commerce.Asia, DreamTalents Media, Orion Digital, Phar Partnerships, MedADS, Pixelsy Solutions, FourSeven Media dan Messe Worldwide. 

RAM turut menawarkan kepada mana-mana agensi yang berminat untuk memohon dan menjadi REV Marketing Partners dengan permohonan menerusi https://www.dattel.asia/rev-marketing-partner-registration/

Bagi jenama PKS, manfaatkan peluang ini sepenuhnya dengan bekerjasama dengan REV Marketing Partners kami.

Hubungi REV Marketing Partners untuk kempen pemasaran yang diperibadikan, menyasarkan laman sesawang premium Malaysia dan yang paling penting menyokong ekosistem tempatan. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2022 @ 5:42 PM