PESATUAN Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA).
PESATUAN Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA).
HM Digital

PERSATUAN Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) mengumumkan pelancaran Pameran Antarabangsa Runcit & Francais Malaysia atau juga dikenali sebagai MIRF.

Pameran ini tercatat di dalam Malaysia Book of Records sebagai Pameran Runcit dan Francais terbesar di Malaysia.

Pengerusi Penganjur MIRF tahun ke-3, Raymond Woo berkata, MIRF diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 16 hingga 18 Julai ini.

Beliau berkata, pihaknya berhasrat memenuhi permintaan pasaran yang lebih banyak.

“Pasaran runcit semakin menarik kerana jenama baru muncul. Ini menunjukkan petanda yang sangat baik untuk mengeksport Jenama Francais Malaysia ke luar negara,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya melihat penyertaan yang positif daripada jenama baru daripada Bubble Tea dan mendapat banyak pertanyaan mengenai penyertaan ke MIRF.

“Oleh itu, tahun ini, kita akan mempunyai sejumlah 568 gerai pameran dari Dewan 1 hingga 4 di KLCC.

“Ini bermakna jumlah penyertaan bertambah melebihi 100 gerai pameran berbanding 2019. “Dengan tema sama seperti tahun lalu, ‘Francais Maju’ MIRF yakin akan pertumbuhan pameran ini kerana adanya sokongan dan kerjasama daripada sektor runcit dan francais,” katanya.

Raymond berkata, pihaknya mempunyai komitmen lebih kukuh dengan Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia yang diketuai oleh Bon Zainal dan Rasta Rashid.


“Kami turut menerima pembabitan pempamer antarabangsa dari Jepun dan Turki. Dengan ini, kami berharap pameran ini dapat menggalakkan pemula dan usahawan-usahawan baru untuk melompat ke dalam bidang ini.

“Antara jenama baru yang didaftarkan dalam MIRF ialah Ayamas, O'Briens, Hermu International, Gong Cha, Kong fo Cha, Lavender dan JVV F&B. TM One adalah penaja gangsa MIRF yang sentiasa menyokong kami. Kami juga mendapat sokongan daripada PNS dan MATRADE dalam pameran ini,” katanya.

Menurutnya, 100 lagi gerai Hatchery dibuka dan ini menarik minat dan perhatian penyertaan baru, parti dan rakan niaga.

Menurutnya, ini adalah masa sesuai mencuba pasaran di Malaysia dan pasaran di sekitarnya. “Dengan wabak coronavirus yang kini dalam status terkawal, semestinya kita ingin mengetahui keakhiran wabak ini. Walau bagaimanapun, kita haruslah kekal positif dan maju ke hadapan untuk terus menyediakan peluang dalam pasaran bagi memastikan pertumbuhan sektor runcit. “Dengan ini, sekali lagi, MIRF 2020 akan dilihat atas pentas persembahan yang hebat,” katanya.

Beliau berkata, MIRF 2020 akan terus melonjak maju dengan menyediakan lebih banyak kemudahan seperti Bilik Korporat dan Kawasan Pemadanan Perniagaan untuk pameran.

“Di samping itu, kita seperti biasa akan mengadakan jamuan khas bersama pempamer untuk memupuk persahabatan dan membina hubungan baik antara satu sama lain. Mesej kami adalah jelas, Pameran Runcit dan Francais Antarabangsa Malaysia adalah formula yang terbukti untuk memacu sektor peruncitan dan francais.

“Kami ingin menggalakkan pemilik perniagaan menggunakan platform ini untuk meneroka bukan saja dalam bidang francais tetapi juga mencari rakan perkongsian, pelesenan dan perusahaan. MIRF adalah platform terbaik untuk menjalin kerjasama perniagaan, meluaskan rangkaian perniagaan dan membina peluang yang besar,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pemadanan Perniagaan ini, hubungi Penolong Pengurus MRCA, Encik Simon Wong di 016-3252308.

Bagi pendaftaran gerai dan pertanyaan lain, sila hubungi Penyelaras Acara MIRF, Cik Samantha Wong di 018-2302882.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2020 @ 2:18 PM