Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin antara 100 Penjaga Jenama terbaik dunia. FOTO Owee Ah Chun.
Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin antara 100 Penjaga Jenama terbaik dunia. FOTO Owee Ah Chun.
Oleh Bisnes HM

PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin disenaraikan sebagai 100 Penjaga Jenama terbaik global untuk 2019 oleh firma penilaian jenama global, Brand Finance.

Beliau termasuk senarai yang turut disertai oleh Pengasas dan CEO Amazon.com, Jeff Bezos; CEO Google, Sundar Pichai dan Ben Van Beurden dari Shell.

Dalam satu kenyataan hari ini, PETRONAS berkata, Wan Zulkiflee yang menduduki tangga ke-95, meraih pengiktirafan itu berikutan kepimpinannya, pengurusan berhemat dan rekod cemerlang dalam memacu syarikat minyak dan gas negara serta industri ke hadapan dengan melalui tempoh yang paling mencabar beberapa tahun kebelakangan ini.

Berdasarkan nilai jenama portolio syarikat terbesar dunia yang diperoleh daripada Brand Finance Global 500 2019, ranking terbaharu itu memberikan penilaian kepada CEO bersandarkan prestasi mereka sebagai pengurus jenama.

Ia meletakkan kejayaan CEO dari segi pelaburan pemasaran, ekuiti pihak berkepentingan dan prestasi perniagaan.

Kemasukan Wan Zulkiflee dalam senarai 100 Teratas juga melengkapi peningkatan PETRONAS dalam senarai 500 Jenama Paling Bernilai, apabila meningkat ke tempat ke-127 daripada ke-132 sebelumnya.

Wan Zulkiflee dilantik sebagai Presiden dan CEO kumpulan PETRONAS sejak 1 April 2015.

Sebelum ini, beliau memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi sehingga 2015 dan Naib Presiden Eksekutif Hiliran PETRONAS.

Selain itu beliau turut berkhidmat sebagai Naib Presiden Eksekutif Petronas Dagangan Bhd sejak 1 Jun 2010.

Beliau yang memegang Ijazah Kejuruteraan Kimia dari University of Adelaide, South Australia dan pernah mengikuti Program Pengurusan Lanjutan Fakulti Perniagaan Harvard menyertai PETRONAS pada 1983 sebagai jurutera proses dan terbabit dalam projek pelaksanaan serta operasi beberapa kemudahan memproses gas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Februari 2019 @ 5:59 PM