NORRIS hanya menduduki tempat kedua selepas bermula di petak utama. FOTO AFP
NORRIS hanya menduduki tempat kedua selepas bermula di petak utama. FOTO AFP
AFP

Barcelona: Lando Norris menyalahkan permulaan yang buruk di Grand Prix (GP) Sepanyol kerana gagal menukar petak utama kepada kemenangan apabila pemandu McLaren itu melintasi garisan hanya beberapa saat di belakang pelumba Red Bull, Max Verstappen.

Norris menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak menterjemahkan petak utamanya menjadi kemenangan, dan aksi hujung minggu lalu menjadi pengajaran buatnya dan McLaren.

Mereka memerlukan kesempurnaan dan mungkin sedikit nasib untuk menggagalkan penguasaan Red Bull/Verstappen.

"Tidak boleh, saya sepatutnya memenanginya. Saya membuat permulaan yang buruk. Semudah itu" kata Norris, yang buat pertama kali dalam kariernya naik ke tangga kedua dalam kedudukan keseluruhan, 69 mata di belakang Verstappen.

GP Sepanyol adalah perlumbaan pertama dalam tiga aksi yang sibuk, di mana selepas ini mereka bakal bersaing di Spielberg dan diikuti di Silverstone dua minggu berikutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2024 @ 7:46 PM