VERSTAPPEN meraikan kejayaan di atas podium selepas muncul juara di Imola. FOTO AFP
VERSTAPPEN meraikan kejayaan di atas podium selepas muncul juara di Imola. FOTO AFP
AFP

Imola: Max Verstappen kekal tenang dalam perlumbaan yang dibayangi hujan lebat untuk muncul juara Grand Prix (GP) Emilia Romagna, manakala juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton berjaya bangkit daripada kesilapan bagi meraih tempat kedua.

Pemandu Red Bull itu berjaya mengatasi Hamilton yang bermula dari petak utama selepas memintas di selekoh pertama di Imola bagi mencatat kemenangan sulung musim ini.

"Saya terkejut dengan kejayaan ini. Kami bekerja keras untuk menjadi terbaik dalam perlumbaan. Dalam perlumbaan yang mencabar kami berjaya melakukan tugasan dengan cemerlang," kata Verstappen.

Lando Norris dari McLaren meraih tempat ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 April 2021 @ 12:12 AM