AKSI Norris di GP Austria. FOTO AFP
AKSI Norris di GP Austria. FOTO AFP
Agensi

London: Bos McLaren, Andreas Seidl berkata pasukannya perlu kekal realistik di sebalik mampu memberi saingan kepada Mercedes pada Grand Prix Austria minggu lalu.

Lando Norris berjaya mengatasi kedua-dua pemandu Mercedes pada sesi kelayakan di Red Bull Ring dan hanya tewas tipis berbanding pemenang petak utama, Max Verstappen.

Norris tewas kepada Bottas menerusi strategi hentian pit pada perlumbaan sebenar di Austria namun berjaya mengatasi Lewis Hamilton.

Ketika McLaren melalui minggu yang meyakinkan, Seidl menegaskan mereka tidak perlu terbawa-bawa dengan kejayaan itu.

"Anda perlu realistik dan jika anda melihat perlumbaan minggu lalu, masih terdapat jurang yang jauh.

"Bagaimanapun kami tahu bahawa kami mempunyai jentera yang lebih baik berbanding minggu lalu. Tapi itu tidak bermakna kami mampu bersaing dengan mereka.

"Pada masa sama, kami tidak tahu apakah yang masalah yang dihadapi oleh mereka terutamanya Mercedes," katanya.

Seidl berkata, prestasi McLaren di Austria tidak akan mengubah gambaran keseluruhan saingan musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Julai 2021 @ 12:54 PM