VERSTAPPEN (tengah) dan Perez (kiri) bersama Norris menguasai sesi kelayakan. FOTO REUTERS
VERSTAPPEN (tengah) dan Perez (kiri) bersama Norris menguasai sesi kelayakan. FOTO REUTERS
AFP

Suzuka: Juara dunia tiga kali, Max Verstappen berkata prestasinya 'tidak ideal' tetapi masih cukup baik untuk meraih petak pertama Grand Prix Jepun di hadapan rakan sepasukannya di Red Bull, Sergio Perez.

Verstappen, yang gagal menamatkan perlumbaan di Australia dua minggu lalu, mencatat masa sepusingan terpantas 1 minit 28.197 saat (s) pada sesi kelayakan di Suzuka, hanya 0.066 saat di hadapan pemandu Mexico itu.

Ia adalah kali keempat pemandu dari Belanda itu merangkul petak pertama musim ini.

Verstappen berkata dia 'tidak begitu gembira dengan prestasi dirinya sendiri' selepas hampir membiarkan Perez merampas kedudukan pertama.

"Ia tidak ideal tetapi ia masih cukup bagus. Sudah tentu saya sentiasa mahu segala-galanya sempurna tetapi itu tidak mungkin boleh berlaku.

"Apapun ia masih cukup baik hari ini," kata Verstappen.

Lando Norris dari McLaren berada di tempat ketiga, 0.292 saat di belakang Verstappen.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 April 2024 @ 6:27 PM