Pemandu Aston Martin, Sebastian Vettel memakai pelitup muka ketika ujian. FOTO Reuters
Pemandu Aston Martin, Sebastian Vettel memakai pelitup muka ketika ujian. FOTO Reuters
Agensi

Sakhir: Juara dunia empat kali, Sebastian Vettel terpaksa diketepikan daripada perlumbaan pembukaan musim, Grand Prix (GP) Bahrain hujung minggu ini selepas diuji positif Covid-19.

Pemandu Aston Martin itu akan digantikan dengan Nico Hulkenberg.

Pemandu McLaren, Daniel Ricciardo terlepas ujian akhir di Bahrain minggu lalu selepas disahkan mempunyai kontak rapat Covid-19.

Tetapi pemandu Australia itu dijangka cergas untuk berlumba hujung minggu ini, yang bermula dengan sesi latihan esok.

Pemandu simpanan Aston Martin, Hulkenberg, 34, belum menjadi pemandu tetap F1 sejak 2019 tetapi dia sering tampil sebagai pemandu gantian.

Warga Jerman itu melakukan tiga penampilan pada 2020 apabila dia menggantikan Sergio Perez dan Lance Stroll yang kedua-dua terlepas perlumbaan kerana Covid-19.

Perlumbaan kedua musim ini adalah di Arab Saudi pada 27 Mac depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2022 @ 10:13 PM