NICO Hulkenberg. FOTO AFP
NICO Hulkenberg. FOTO AFP
Reuters

Paris: Nico Hulkenberg meninggalkan Haas untuk menyertai pasukan Stake F1 KICK Sauber, umum kedua-dua pasukan Formula Satu (F1) itu.

Pemandu Jerman berusia 36 tahun yang sudah beraksi lebih daripada 200 perlumbaan F1, menandatangani kontrak selama beberapa tahun bermula pada 2025.

Selepas tiga tahun tidak menyertai sukan itu, Hulkenberg menyertai Haas tahun lalu dan kini menduduki tempat ke-13 dalam kedudukan pemandu dengan tiga penamat 10 terbaik selepas lima perlumbaan pada 2024.

Haas, yang sebelum ini berlumba untuk Sauber pada 2013, akan menjadi sebahagian daripada pasukan Audi baharu organisasi itu apabila ia muncul pada 2026.

"Kami sangat berbesar hati mengalu-alukan Nico kembali ke sini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Sauber Motorsport, AG Andreas Seidl

"Dengan kepantasannya, pengalaman dan komitmennya terhadap kerja berpasukan, dia akan menjadi bahagian watak penting dalam transformasi pasukan kami dan projek F1 Audi," katanya lagi.

Prinsipal pasukan Haas, Ayao Komatsu mengucapkan selamat maju jaya kepada Hulkenberg.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Nico atas sumbangannya kepada pasukan semasa dia berada di sini bersama kami. Dia adalah seorang yang hebat dan kami sangat suka bekerja dengannya," kata Komatsu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2024 @ 11:27 AM