Pemandu Red Bull dari Belanda, Max Verstappen ketika sesi latihan GP Bahrain. FOTO AFP
Pemandu Red Bull dari Belanda, Max Verstappen ketika sesi latihan GP Bahrain. FOTO AFP
AFP

Sakhir, Bahrain: Max Verstappen melengkapkan tiga sesi latihan Grand Prix Bahrain dengan mengatasi juara bertahan, Lewis Hamilton menjelang aksi kelayakan.

Memandu dengan jentera Red Bull, pemandu Belanda itu mencatat masa sepusingan terpantas satu minit 30.577 saat(s) pada minit terakhir mengatasi juara tujuh kali dari Mercedes, Hamilton dengan 0.739s.

Ia adalah bukti jelas kelebihan dimiliki pemandu itu pada pra musim, menyebabkan Mercedes memerlukan tenaga tambahan dalam sesi kelayakan yang dijadualkan dalam keadaan lebih sejuk tengah malam ini.

Pierre Gasly ketiga bersama jentera AlphaTauri di depan Valtteri Bottas yang memandu jentera kedua Mercedes, Sergio Perez bersama Red Bull dan Carlos Sainz keenam bersama jentera Ferrari.

Kimi Raikkonen ketujuh bersama jentera Alfa Romeo di depan pemandu Alpine, Esteban Ocon, Lance Stroll bersama Aston Martin dan Daniel Ricciardo dari McLaren.

Bekas juara, Sebastian Vettel dan Fernando Alonso masing-masing ke-14 dan 15 bersama Aston Martin dan Alpine manakala Mick Schumacher, anak kepada juara dunia tujuh kali, Michael, ke-18 bersama Haas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mac 2021 @ 11:03 PM