VERSTAPPEN menguji jentera pada sesi ujian pramusim F1. -FOTO AFP
VERSTAPPEN menguji jentera pada sesi ujian pramusim F1. -FOTO AFP
AFP

Sakhir, Bahrain: Juara dunia Max Verstappen mengekalkan rentak pada sesi ujian pramusim Formula 1 yang berlangsung di Bahrain.

Pemandu Red Bull itu mengenepikan juara dunia dua kali Fernando Alonso dari Aston Martin dengan dua pelumba Ferrari Carlos Sainz dan Charles Leclerc berada di belakang.

"Kami menempuh hari yang baik hari ini, melengkapkan banyak pusingan seperti yang kami mahukan - nilainya hampir tiga Grand Prix," kata Verstappen.

"Gembira melihat kereta ini semakin hebat dari tahun lalu. Ia sedikit berbeza kerana tayar tapi sebaliknya kami gembira."

Pada 2022, Verstappen memenangi 15 daripada 22 perlumbaan, termasuk sembilan daripada 11 perlumbaan terakhir ketika dia merangkul gelaran dunia berturut-turut.

Jumlah mata terakhirnya yang dikumpul adalah 454, 146 di depan Leclerc di tempat kedua.

Juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton dari Mercedes dan George Russell menamatkan hari pertama di litar Sakhir dengan catatan masa keenam dan kesembilan terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2023 @ 11:20 AM