ZARCO berjaya memberikan tunggangan mantap di sesi ujian masa GP Jerman. FOTO AFP
ZARCO berjaya memberikan tunggangan mantap di sesi ujian masa GP Jerman. FOTO AFP
AFP

Sachsenring: Walaupun terjatuh, pelumba MotoGP Perancis, Johann Zarco berjaya meraih petak utama buat kali keenam menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Jerman esok.

Pelumba Ducati-Pramac berjaya mengetepikan rakan senegara dan juga pendahulu keseluruhan, Fabio Quartararo dari Yamaha.

Zarco terjatuh selepas mencatat masa terpantas tapi berjaya bangun dan meneruskan aksi di sesi ujian masa.

Pelumba Aprilia dari Sepanyol, Aleix Espargaro melengkapkan barisan depan untuk perlumbaan esok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Jun 2021 @ 10:22 PM