ESPARGARO berjaya memberikan tunggang mantap di GP Styria. FOTO AFP
ESPARGARO berjaya memberikan tunggang mantap di GP Styria. FOTO AFP
AFP

POL Espargaro berjaya meraih petak utama buat KTM di Grand Prix (GP) Styria selepas mencatat masa terpantas di sesi ujian masa sebentar tadi.

Pelumba Jepun, Takaaki Nakagami turut melakar kejutan selepas mencatat masa kedua terpantas untuk membantu pasukan satelit Honda, LCR berada di barisan depan bersama Espargaro menjelang perlumbaan esok.

Ketiga terpantas ialah Johann Zarco namun pelumba Esponsorama Racing itu tidak akan menyertai Espargaro dan Nakagami di barisan depan sebaliknya bermula dari 'pitlane'.

Zarco dikenakan hukuman selepas menunggang dengan cara merbahaya sehingga menyebabkan kemalangan bersama Franco Morbidelli minggu lalu.

Dia kembali menunggang jentera Ducati, selepas tidak menyertai sesi latihan bebas semalam apabila baru saja menjalani pembedahan pergelangan tangan disebabkan kemalangan minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2020 @ 10:34 PM