MCILROY imbau kenangan berentap dengan Mickelson di Valhalla. FOTO Reuters
MCILROY imbau kenangan berentap dengan Mickelson di Valhalla. FOTO Reuters
AFP

Louisville: Tiger Woods dan Rory Mcilroy kembali minggu depan ke Valhalla untuk Kejuaraan PGA ke-106, kembali ke lapangan di mana masing-masing meraih kemenangan besar dramatik pada awal karier mereka.

Woods, juara kejuaraan utama 15 kali, memenangi playoff tiga lubang ke atas Bob May untuk mengambil Kejuaraan PGA 2000, menjadi pemain golf pertama sejak Ben Hogan pada 1953 untuk memenangi tiga kejuaraan utama pada tahun yang sama.

Dia terus merangkul kejuaraan Masters 2001 dan melengkapkan pencapaian Tiger Slam dengan empat kejuaraan utama berturut-turut.

Pemain nombor dua dunia, Mcilroy memenangi Kejuaraan PGA 2014 di Valhalla, bersaing dalam kegelapan di lubang terakhir untuk mengetepikan Phil Mickelson dengan satu pukulan.

"Saya rasa mereka yang mendahului agak tidak berpuas hati dengan bagaimana ia berlaku," kata Mcilroy.

"Saya mendapat keputusan yang saya cari pada akhirnya dan itu sahaja yang penting."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mei 2024 @ 1:27 PM