McIlroy (kanan) anggap Woods pemain hebat dan berkarakter. FOTO REUTERS
McIlroy (kanan) anggap Woods pemain hebat dan berkarakter. FOTO REUTERS
AFP

PEMAIN golf handalan Ireland Utara, Rory McIlroy mengatakan Tiger Woods kini lebih tenang selepas pemain Amerika Syarikat itu menjulang gelaran Jelajah PGA ke-82, minggu ini.

Woods, 43, mencapai tahap baru ketika bergelar juara Kejohanan Zozo di Jepun, semalam untuk menyamai rekod pemain berusia 54 tahun, Sam Snead mencipta kejayaan dalam Jelajah.

McIlroy menamatkan saingan di tempat ketiga berkata, dia dapat melihat perubahan ketara terhadap Woods biarpun kariernya terjejas akibat beberapa masalah peribadi.

“Dia kembali, lebih terbuka dan tetap berkarakter biarpun berdepan pelbagai masalah sejak beberapa tahun lalu,” kata ranking kedua dunia memberitahu media menjelang Kejohanan Juara WGC-HSBC di Shanghai.

“Saya rasa saya bernasib baik tinggal berdekatan dengannya dan membentuk persahabatan yang akrab.

“Saya dapat melihatnya situasi peribadi siapa dirinya sebenar, bagaimana hebatnya menjadi seorang bapa dan mengendalikan hidupnya. Ia sesuatu menarik untuk dilihat.”

“Apapun, sikap terbuka dan senang didekati dimiliki Woods menjadikan dia seorang rakan profesional yang disegani pemain profesional lain, kata McIlroy.

Woods tidak akan beraksi di Shanghai kini menjadi mentor kepada rakan senegara, Justin Thomas dan Rickie Fowler.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Oktober 2019 @ 5:21 PM