PASUKAN ragbi Panthers Jelebu kembali aktif.
PASUKAN ragbi Panthers Jelebu kembali aktif.
Oleh Abnor Hamizam Abd Manap


Jelebu: Selepas 16 tahun menyepi, Panthers Jelebu yang merupakan satu-satunya kelab sukan ragbi di daerah ini kembali aktif sejak awal tahun ini.

Lebih sensasi kelab berkenaan berjaya mendapat tempat ketiga kategori bowl pada kejohanan Piala NSRU Home Coming 17 Februari lalu yang merupakan penampilan sulung kelab berkenaan.

Pengurus yang juga jurulatih dan kapten kelab, Mohd Saiful Izwan Rosli,35 berkata kelab berkenaan pada asalnya bermula pada 2002 apabila ditubuhkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Jelebu.

"Bermula Januari lalu apabila dua guru menghubungi saya untuk aktifkan semula kelab itu, saya terus setuju dan menggunakan nama Panthers Jelebu.

"Saya menggunakan kemahiran dan pengalaman dalam sukan ragbi bagi mewujudkan semula satu-satunya kelab ragbi di Jelebu,"katanya yang pernah menjadi ketua pasukan ragbi Navy Orca dari 2015-2020.

Ujarnya ketika ini kelab mempunyai 25 pemain berumur dari 21 hingga 35 tahun dengan pelbagai latar belakang pekerjaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Februari 2024 @ 1:17 PM