TAUKEI'AHO sandaran All Blacks lawan Afrika Selatan.
TAUKEI'AHO sandaran All Blacks lawan Afrika Selatan.
Reuters

Paris: New Zealand berharap dapat menghadiahkan trofi terakhir kepada beberapa pemain legenda mereka yang dijangka bersara selepas tamat final Piala Dunia menentang Afrika Selatan Ahad ini.

Menurut Samisoni Taukei'aho, beberapa rakan sepasukannya seperti Sam Whitelock, Brodie Retallick, Aaron Smith dan Dane Coles hampir pasti mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa manakala Beauden Barrett akan kembali ke Jepun dan tidak akan tampil bersama All Blacks lagi.

"Terdapat beberapa legenda dalam pasukan ini, ia minggu terakhir mereka sebagai All Blacks," kata Taukei'aho kepada media New Zealand di Paris.

"Saya yakin bagi mereka apa yang boleh menjadikan minggu terbaik dan kami akan berusaha meraikan perpisahan mereka dengan kejuaraan."

Selepas menandatangani kontrak lanjutan untuk bersama New Zealand sehingga 2027, Taukei'aho, 26, terus tersenarai dalam perancangan Scott Robertson yang menggantikan Ian Foster.

Tumpuan segera Taukei'aho pastinya mahu mengekalkan tempat dalam skuad All Blacks pada final di Paris Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2023 @ 11:05 AM