PASUKAN Ragbi Perancis raikan kemenangan ke atas New Zealand dalam Piala Dunia Ragbi 2023. FOTO Agensi
PASUKAN Ragbi Perancis raikan kemenangan ke atas New Zealand dalam Piala Dunia Ragbi 2023. FOTO Agensi
Agensi

Paris: Tuan rumah Piala Dunia Ragbi 2023, Perancis membuat kejutan dalam aksi pembukaan saingan itu apabila menewaskan New Zealand 27-13 di Stadium de France, awal pagi tadi.

All Blacks yang hadir selaku pasukan pilihan terpaksa akur dengan semangat luar biasa pemain Perancis yang tampak tidak menyerahkan kalah untuk bangkit memadam kelebihan New Zealand.

Bintang utama Perancis, Thomas Ramos muncul pemain paling menyerlah apabila menghadiahkan 17 mata untuk pasukan tuan rumah.

Begitupun pelawat terlebih dulu mendahului selepas berlangsung 92 saat menerusi Mark Telea yang berjaya melakukan touchdown berpunca sepakan lintang daripada Beauden Barret.

Bagaimanapun tiga penalti Ramos membantu Les Bleus mendahului 9-8 pada separuh masa, sebelum Telea sekali lagi meletakkan New Zealand di depan.

Tetapi selepas try Damian Penaud dinafikan menerusi terjahan Mo'unga, Perancis sebaliknya merampas momentum untuk meraoh mata demi mata bagi memastikan kemenangan berpihak tuan rumah.

Jelas pengurus pasukan Perancis, Raphael Ibanez memuji semangat berpasukan daripada anak buahnya.

"Dalam perlawanan Piala Dunia, terutamanya pada hari pembukaan, ia yang paling penting. Itulah aksi hari ini menentang pasukan All Blacks yang cantik dan hebat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 September 2023 @ 1:02 PM