POGACAR (kanan) merasakan mempunyai momentum terbaik ketika ini. FOTO AFP
POGACAR (kanan) merasakan mempunyai momentum terbaik ketika ini. FOTO AFP
Agensi

Clermont Ferrand: Jaguh berbasikal Slovenia, Tadej Pogacar memberi amaran bahawa dia bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan terutama tekanan daripada pasukan Jumbo Visma yang dilihat melakukan apa sahaja untuk mempertahankan jersi kuning di Tour de France (TdF).

Dia yang mewakili UAE Emirates sedang memburu jersi kuning yang kini dipegang musuh tradisinya, Jonas Vingegaard (Jumbo Visma) selepas mendahului 17 saat apabila memperagakan kayuhan terbaik ketika menakluk gunung berapi Puy de Dome Ahad lalu.

Ketika ini, persaingan antara pemenang dua kali Pogacar dan juara bertahan, Vingegaard menjadi semakin menarik selepas kedua-dua pelumba itu memperagakan strategi masing-masing dalam baki perlumbaan TdF.

"Saya merasakan bahawa saya mempunyai momentum terbaik ketika ini. Setiap hari saya berasa baik dan bersemangat untuk memulakan pertarungan. Hari ini adalah hari rehat yang baik dan saya bersedia untuk berlumba lagi esok. Saya sangat gembira setakat ini pada perlumbaan TdF," kata Pogacar.

Dalam pada itu, Pogacar turut membalas kritikan yang dilemparkan pasukan Jumbo Visma selepas mendakwa dia bergelut melakukan kayuhan terbaik selepas mengambil masa 35 minit untuk menawan perlumbaan di puncak pendakian Puy de Dome.

"Mereka tidak tahu semua latihan saya atau semua data perlumbaan saya. Mereka tidak tahu berapa berat saya, mereka tidak tahu banyak tentang saya.

"Mereka boleh mengkritik dan menilai kemampuan saya tetapi saya boleh memberitahu anda terdapat hari yang kita mampu lakukan lebih baik dari semalam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Julai 2023 @ 10:45 AM