WOODS tawan peringkat kesembilan TdF. -FOTO Reuters
WOODS tawan peringkat kesembilan TdF. -FOTO Reuters
AFP

Orcines, Perancis: Juara bertahan Jonas Vingegaard mengekalkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan Tour de France (TdF) rehat pertama ketika pelumba Kanada, Michael Woods memenangi peringkat berprestij di gunung berapi Puy de Dome.

Pierre Latour dari Perancis ketinggalan 28 saat di belakang Woods dengan Matej Mohoric dari Slovenia ketiga, ketika pertarungan antara pasukan pilihan berlangsung di bawah cerun curam.

Pemenang TdF dua kali, Tadej Pogacar melancarkan serangan bermula dari jarak 600m tetapi juara bertahan Vingegaard kekal tenang untuk mengikut rentak pelumba Slovenia yang melepasi garisan penamat hanya beberapa saat di belakang.

Vingegaard kini mendahului perlumbaan dengan 17 saat menjelang rehat pertama, tewas lapan saat kepada Pogacar di peringkat ke sembilan dari Saint Leonard de Noblat ke Puy de Dome.

Woods terkejut dengan kemenangannya itu untuk mendahului 16 minit di cerun sukar di mana tiada peminat dibenarkan.

"Oleh kerana tiada peminat di akhirnya ia hampir seperti pendakian ketika musim Covid," kata Woods.

"Sehingga satu ketika ia memekakkan telinga. Anda boleh melihat gunung berapi dari jauh, itu sangat bagus," kata Woods.

"Kemenangan ini adalah matlamat kerjaya saya dan hari ini adalah antara perlumbaan paling sukar yang mungkin anda boleh lakukan."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Julai 2023 @ 7:01 AM