VINGEGAARD optimis mampu pertahan kejuaraan TDF musim ini. FOTO Agensi
VINGEGAARD optimis mampu pertahan kejuaraan TDF musim ini. FOTO Agensi
Reuters

Perancis: Selepas mengharungi pelbagai halangan termasuk cuaca yang panas terik dan pendakian yang memenatkan, pendahulu perlumbaan Tour de France (TDF), Jonas Vingegaard yakin mampu mengekalkan rentak kayuhan hingga peringkat terakhir saingan.

Walaupun menyedari kelebihan masanya agak tipis dengan pesaing terdekat, Tadej Pogacar, namun Vingegaard yang juga pelumba pasukan Jumbo-Visma mengakui tahu bagaimana untuk menyerap tekanan itu.

Katanya, dia sudah lali dengan cabaran di TDF dan bersedia untuk mengekalkan jersi kuning yang dipegangnya ketika ini.

"Kita perlu berfikir lebih positif dan pengalaman lalu mengajar saya," katanya yang juga pemenang TDF pada tahun lalu itu.

"Saya memahami sepenuhnya semua persoalan mengenai cabaran kali ini, tetapi saya enggan terlalu memikirkan perkara itu.

"Sejujurnya saya gemar akan cabaran yang ada ketika ini. Kami perlu tingkatkan kayuhan agar lebih pantas daripada sebelumnya.

"Mungkin kami perlu jaga pemakanan, tingkatkan strategi dan latihan agar kami dapat jarakkan kelebihan kami," katanya pelumba yang berasal dari Denmark itu.

Ketika ini, Pogacar yang juga pelumba dari pasukan UAE Team Emirates dilihat semakin hampir merampas jersi kuning daripada Vingegaard yang hanya berkelebihan 10 saat di depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Julai 2023 @ 8:31 AM