VINGEGAARD semakin hampir muncul juara keseluruhan TdF 2023. FOTO Reuters
VINGEGAARD semakin hampir muncul juara keseluruhan TdF 2023. FOTO Reuters
Reuters

Le Markstein: Juara bertahan Jonas Vingegaard dari Denmark kelihatan bersedia untuk memenangi gelaran Tour de France keduanya apabila menamatkan peringkat ke-20 di tempat ketiga.

Pemenang dua kali TdF, Tadej Pogacar meraih kemenangan pada perlumbaan sejauh 133.5 kilometer dari Belfort, mengatasi pelumba Austria Felix Gall untuk kemenangan kedua dalam perlumbaan tahun ini.

Secara keseluruhan, pelumba Jumbo-Visma, Vingegaard mendahului Pogacar dengan tujuh minit dan 29 saat dengan rakan sepasukannya dalam pasukan UAE, Adam Yates, di kedudukan ketiga, 10:56s di belakang.

Giulio Ciccone dari Itali bakal memperoleh jersi polka dot untuk Raja Bukit dan pelumba Belgium, Jasper Philipsen bersedia memenangi jersi hijau (Raja Pecut), dengan syarat mereka berdua melepasi garisan penamat di Paris esok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2023 @ 11:34 PM