SAINGAN Tour Switzerland diteruskan seperti biasa selepas kematian Maeder. FOTO Agensi
SAINGAN Tour Switzerland diteruskan seperti biasa selepas kematian Maeder. FOTO Agensi
AFP

Geneva: Dua pasukan serta beberapa pelumba secara individu menarik diri dari Tour Switzerland selepas kematian pelumba tuan rumah, Gino Maeder.

Maeder, yang mewakili Team Bahrain Victorious, jatuh ke dalam gaung ketika menuruni bukit di peringkat kelima Jumaat lalu.

Dia yang berusia 26 tahun meninggal dunia selepas mengalami beberapa kecederaan.

Pasukan yang diwakili Maeder serta-merta menarik diri dan diikuti pasukan Switzerland, Tudor serta Intermarche dari Belgium ketika menuju saingan peringkat ketujuh.

Seramai 36 pelumba tidak mengambil bahagian dalam perlumbaan perjalanan sejauh 184 kilometer dari Tubach ke Weinfelden.

Seekor burung merpati dilepaskan sebagai penghormatan yang lebih mengharukan.

Penarikan diri berlaku walaupun penganjur berkata mereka memutuskan untuk meneruskan baki perlumbaan selepas berunding dengan kedua-dua pasukan dan keluarga pelumba.

"Selepas pertimbangan yang teliti dan bercakap dengan kedua-dua pelumba dan kakitangan, pasukan memutuskan untuk tidak meneruskan perlumbaan Tour Switzerland tahun ini," kata Tudor di Twitter.

"Di bawah keadaan sukar ini kami merasakan ia adalah cara manusia untuk menghormati perasaan pelumba dan menghormati Gino," tambahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Jun 2023 @ 12:45 PM