REAKSI Bilbao sejurus tiba di garisan penamat peringkat ke-10  Tour de France.
REAKSI Bilbao sejurus tiba di garisan penamat peringkat ke-10 Tour de France.
AFP

Issoire, Perancis: Pello Bilbao menjuarai peringkat ke-10 Tour de France awal pagi tadi dan muncul pelumba Sepanyol pertama dalam tempoh lima tahun memenangi saingan peringkat perlumbaan berbasikal terbesar dunia.

Pencabar utama gelaran keseluruhan Jonas Vingegaard tiba di garisan penamat hampir tiga minit selepas Bilbao. Anda perlu kembali ke 2018 ketika Omar Fraile meraih kemenangan terakhir untuk pelumba Sepanyol.

Bilbao menujukan kemenangannya kepada Gino Maeder, rakan sepasukan di Bahrain Victorius yang maut bulan lalu di Jelajah Switzerland.

"Saya perlu melakukannya untuk Gino," kata Bilbao.

Maeder, pelumba Switzerland berusia 26 tahun terhumban ke gaung ketika berlumba di tempat sendiri pada Jun dan maut akibat kecederaan di kepala sehari selepas nahas.

"Dia rakan yang hebat dan kami cuba menghormati legasinya dengan kerja kebajikan. Ini projek kami bagi mengenang jasa beliau dan bukan hanya dengan sukan," kata Bilbao.

Dia turut gembira dengan kemenangan peringkat Jelajah pertamanya.

"Perasaan menakjubkan, saya menunggu sekian lama untuk kemenangan ini. Juga impian saya menang di tempat sendiri kerana kami bermula di Bilbao.

"Saya bertuah di peringkat ini selepas berehat sehari yang membantu saya mendapat sedikit tambahan tenaga."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Julai 2023 @ 11:21 AM