ZIJLAARD mula langkah kanan di Tour Romandie 2024. FOTO Ihsan Gran Fondo
ZIJLAARD mula langkah kanan di Tour Romandie 2024. FOTO Ihsan Gran Fondo
AFP

Payerne: Pelumba Belanda, Maikel Zijlaard memenangi prolog pembukaan Tour Romandie yang diadakan secara ujian masa individu di laluan kecil tetapi berbahaya di pusat bandar yang dipenuhi dengan selekoh yang tajam.

Pelumba Tudor itu mengambil masa 2 minit 55 saat (s), menamatkan saingan 1s di hadapan Cameron Scott dan 2s meninggalkan Julian Alaphilippe.

Adam Yates dari UAE Team yang memenangi perlumbaan edisi tahun lalu mengatasi pelumba baharu Visma, Matteo Jorgenson dan pelumba Bahrain, Damiano Caruso.

Terdapat dua peringkat berbukit, dua peringkat pergunungan dan satu lagi ujian masa individu bagi baki lima lagi perlumbaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 2:29 AM