ELENA tewaskan Iga untuk mara ke final Indian Wells. FOTO AFP
ELENA tewaskan Iga untuk mara ke final Indian Wells. FOTO AFP
AFP

Indian Wells, Amerika Syarikat: Elena Rybakina sekali lagi membuktikan dia terlalu sukar untuk ditewaskan oleh pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek apabila berjaya menewaskan juara bertahan seterusnya mara ke final Indian Wells dengan kemenangan 6-2, 6-2 di separuh akhir.

Elena yang dilahirkan di Moscow yang juga penyandang juara Wimbledon mengejutkan pilihan utama Iga pada pusingan keempat Terbuka Australia yang lalu, kini mendapat peluang untuk membalas dendam terhadap Aryna Sabalenka yang menewaskannya di Melbourne seterusnya meraih gelaran Grand Slam pertama.

Pemain nombor dua dunia, Aryna mara dengan kemenangan 6-2, 6-3 ke atas pilihan ketujuh Maria Sakkari dari Greece.

Elena yang menduduki ranking ke-10 dunia, menguasai hampir keseluruhan perlawanan untuk menewaskan pemain nombor satu dunia itu.

"Saya tidak sangka yang saya akan bermain sebaik itu hari ini," akui Elena yang berjuang melalui tiga set untuk menewaskan pemain Republik Czech, Karolina Muchova di suku akhir.

"Saya tidak rugi apa-apa, saya hanya mahu datang berseronok dan ia benar-benar sesuai seperti yang saya inginkan.

"Saya bermain salah satu perlawanan terbaik tahun ini.

"Mudah-mudahan saya akan bermain seperti ini pada hari esok," tambahnya selepas menafikan tawaran Iga untuk menjadi wanita pertama sejak Martina Navratilova pada 1990-91 untuk memenangi gelaran berturut-turut di California.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2023 @ 12:22 PM