ARYNA akur selepas ditunjukkan jalan keluar oleh Jasmine. FOTO AFP
ARYNA akur selepas ditunjukkan jalan keluar oleh Jasmine. FOTO AFP
Reuters

Indian Wells: Pemain nombor tiga dunia, Aryna Sabalenka kalah mengejut dalam perlawanan pertama di Indian Wells selepas kalah kepada wakil Itali, Jasmine Paolini 6-2, 3-6, 3-6 di pusingan kedua.

Bintang Belarus itu melakukan lapan double fault dan hanya berjaya menyempurnakan tiga daripada sembilan peluang mematahkan servis lawan.

Jasmine berkata, dia sama terkejut sama seperti orang lain selepas berjaya memenangi perlawanan berkenaan.

"Saya sangat gembira. Saya tidak jangka mampu melakukan perkara ini. Saya gembira dapat mara ke pusingan ketiga.

"Saya rasa saya bermain dalam perlawanan yang sangat luar biasa. Penonton juga luar biasa. Saya sangat menikmatinya," kata Jasmine.

Aryna adalah pemain pilihan untuk muncul juara kejohanan berkenaan selepas pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty dan Barbora Krejcikova menarik diri.

Dia mengikut jejak langkah Karolina Pliskova dan Garbine Muguruza tersingkir dari kejohanan selepas kedua-dua pemain berkenaan tumpas semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mac 2022 @ 11:43 AM