TIAFOE meraikan kejayaannya mara ke separuh akhir Terbuka AS. -FOTO AFP
TIAFOE meraikan kejayaannya mara ke separuh akhir Terbuka AS. -FOTO AFP
AFP

New York: Frances Tiafoe berharap dia dapat memberi inspirasi kepada generasi baharu pemain tenis berkulit hitam selepas melangkah ke separuh akhir dalam usahanya menjadi pemain Afrika-America pertama memenangi Terbuka AS dalam tempoh 54 tahun.

Pemain berusia 24 tahun itu beraksi cemerlang apabila menyingkirkan Rafael Nadal sebelum memusnahkan impian pilihan kesembilan dari Rusia, Andrey Rublev di suku akhir.

Tiafoe mengesahkan kemenangan 7-6 (7/3), 7-6 (7/0), 6-4 ke atas Rublev dan menyaksikan pilihan ke-22 itu di landasan tepat untuk menjadi pemain lelaki kulit hitam pertama memenangi Terbuka AS sejak Arthur Ashe pada 1968.

Tiafoe mahu persembahannya di New York meninggalkan kesan yang berkekalan dalam tenis AS.

"Setiap kali saya menang, saya hanya mahu memberi inspirasi kepada sekumpulan orang untuk mengetahui bahawa segala-galanya mungkin," kata Tiafoe.

"Pada akhirnya saya suka kerana Frances Tiafoe membuatkan ramai golongan bermain tenis."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2022 @ 10:37 AM