TIAFOE semakin hampir muncul juara di Stuttgart. FOTO Reuters
TIAFOE semakin hampir muncul juara di Stuttgart. FOTO Reuters
AFP

Stuttgart: Frances Tiafoe mara ke final gelanggang rumput buat kali pertama selepas menewaskan pemain kelayakan dari Hungary, Marton Fucsovics dengan keputusan straight set di separuh akhir Terbuka Stuttgart.

Pemain Amerika Syarikat (AS) yang menduduki ranking ke-12 dunia itu menang 6-3, 7-6 (13/11) dan akan menentang wakil Jerman, Jan-Lennard Struff dalam aksi final jelajah kali ketujuh.

"Saya bermain dengan mantap. Ia adalah salah satu permukaan kegemaran saya. Ia bagus untuk tampil ke sini dan mendapatkan beberapa perlawanan," kata Tiafoe.

Tiafoe yang diletakkan sebagai pilihan ketiga sedang mengejar gelaran jelajah ketiganya dan kedua musim ini minggu ini, selepas muncul juara di gelanggang tanah liat di Houston April lalu.

Struff menewaskan pilihan keempat dari Poland, Hubert Hurkacz 3-6, 6-3, 6-3 untuk menghampiri gelaran pertamanya.

"Saya sangat gembira. Hubi adalah pemain gelanggang rumput yang luar biasa, jadi saya tahu saya perlu bermain perlawanan yang sangat bagus," kata Struff.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Jun 2023 @ 2:14 PM