CHARLO alami kecederaan belakang. -FOTO Agensi
CHARLO alami kecederaan belakang. -FOTO Agensi
AFP

Washington: Jermall Charlo yang masih belum ditewaskan berdepan kecederaan belakang yang memaksanya menangguhkan pertarungan kejuaraan middleweight Majlis Tinju Dunia yang dijadualkan pada 18 Jun ini menentang Maciej Sulecki dari Poland.

Petinju dari Amerika Syarikat berusia 32 tahun itu mengalami kecederaan ketika sesi latihan untuk menghadapi Sulecki yang mempunyai rekod 30-2 dengan 11 KO di Houston, Texas.

Tiada tarikh baru untuk pertarungan membabitkan 12 pusingan dan kini menunggu penilaian perubatan dan bilakah Charlo dapat menyambung kembali latihan.

Charlo, 32-0 dan 22 KO dijadualkan untuk mempertahankan gelaran buat kali kelima dalam kariernya selepas mencatatkan kemenangan terbaru ke atas petinju dari Mexico, Juan Macias Montiel di Houston hasil keputusan sebulat suara pengadil.

Penangguhan itu mungkin juga akan menangguhkan pertarungan Charlo dengan petinju handalan Kazak, Gennady Golovkin yang memiliki mahkota kejuaraan Persatuan Tinju Dunia dan Persekutuan Tinju Antarabangsa.

Sementara itu kembar Charlo, Jermell Charlo yang pernah muncul sebagai juara middleweight dunia turut merangkul kemenangan KO bulan lalu selepas menewaskan lawan dari Argentina, Brian Castano.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Jun 2022 @ 11:55 AM