DURAN yang bersara daripada tinju pada 2001 bangkit daripada kemiskinan untuk bergelar jutawan. FOTO AGENSI
DURAN yang bersara daripada tinju pada 2001 bangkit daripada kemiskinan untuk bergelar jutawan. FOTO AGENSI
Agensi

London: Petinju yang lahir di kawasan setinggan dan miskin di Panama, menafikan jangkaan apabila muncul juara dunia dan bergelar jutawan.

Roberto Duran merangkul gelaran dalam kelas lightweight, welterweight, light middleweight dan middleweight sepanjang karier tinju selama 30 tahun.

Duran, 72, dianggap sebagai petinju lightweight terhebat sepanjang zaman dalam sejarah tinju.

Dia mencipta rekod hebat iaitu 103-16 termasuk 70 kemenangan secara knockout (KO) sepanjang berada di gelanggang tinju.

Tetapi, petinju dikenali sebagai 'The Hands of Stone' tidak melalui jalan mudah untuk mencipta nama.

Duran membesar di kawasan setinggan di El Chorrillo, tidak jauh dari Panama Canal dan bekerja mengilat kasut serta menjual surat khabar ketika berusia lima tahun untuk membantu keluarganya.

Membesar di kawasan kejiranan mencabar itu menyebabkan dia perlu belajar untuk bertarung sejak kecil.

Kerana tidak mahu terbunuh pada usia muda, dia terus belajar bertarung dan menjadi petinju profesional sejak 1968 hingga 2001 dan menikmati kehidupan mewah di Panama dan Amerika Latin.

Selepas bersara, dia berjaya mengumpul hasil AS$3 juta (RM13.95 juta) selepas membazir AS$20 juta (RM93 juta) ketika di kemuncak kariernya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2023 @ 11:15 AM