HAGLER ketika di Anugerah Sukan Dunia Laureus 2011 di Abu Dhabi. FOTO EPA
HAGLER ketika di Anugerah Sukan Dunia Laureus 2011 di Abu Dhabi. FOTO EPA
AFP

Washington: Legenda tinju, Marvin Hagler, yang tidak pernah dikalahkan dalam kategor middleweight dari 1980 hingga 1987, meninggal dunia pada usia 66 tahun.

Perkara itu diumumkan isterinya, Kay G Hagler selepas memuatnaik di Facebook, bahawa suaminya sudah meninggal dunia di rumah keluarga mendiang.

"Saya dengan penuh rasa sedih mengumumkan bahawa suami yang dicintai Marvelous Marvin meninggal dunia secara mengejut di rumah keluarganya di New Hampshire.

"Keluarga kami meminta jasa baik anda untuk memberikan sedikit ruang kerana berada dalam kesedihan ketika ini," katanya.

'Marvelous' Marvin Hagler bertarung dari 1973 hingga 1987 dan melakukan beberapa pertarungan epik ketika di era kegemilangannya, dengan mencatat rekod 62-3, dua kali seri dan 52 kali knockout.

Pertarungan yang paling diingati ialah pada 1985 di Caesars Palace di Las Vegas ketika dia mengalahkan Thomas 'Hitman' Hearns walaupun berlangsung selama lapan minit ia tetap dianggap klasik.

Hagler juga memenangi gelaran WBC dan WBA middleweight pada 1980, dengan mengetepikan petinju Britain, Alan Minter di pusingan ketiga di Arena Wembley London.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 1:24 PM