ALVAREZ akan bertarung dengan Golovkin  pada 15 September. FOTO/AFP
ALVAREZ akan bertarung dengan Golovkin pada 15 September. FOTO/AFP
AFP

LOS ANGELES: Menjelang pertarungan ulangan di Las Vegas, pertengahan bulan depan, bekas juara dunia, Saul ‘Canelo' Alvarez melabel lawannya dalam kategori 'middleweight', Gennady Gennadyevich Golovkin (GGG) sebagai hipokrit.

Golovkin yang juga juara middleweight dunia dan Alvarez, akan bertarung di T-Mobile Arena pada 15 September selepas pertarungan pertama antara mereka yang sememangnya dinantikan peminat tinju terpaksa dibatalkan.

Rancangan pertarungan ulangan dijadual pada Mei lalu terpaksa dibatalkan selepas Alvarez gagal ujian dadah.

Perang mulut antara mereka semakin memuncak apabila kedua-dua jaguh tinju berkenaan berbalas kenyataan kepada wartawan di hadapan peminat.

Alvarez, 28, berkata permusuhan antara mereka tidak mungkin berakhir dengan persahabatan selepas pertaruhan antara petinju tersohor berkenaan tamat nanti.

“Bagi saya pertarungan berkenaan mungkin menjadi amat sukar. Semua perkara sudah diperkatakan. Jadi amat sukar untuk saya membuka pintu persahabatan,” kata Alvarez yang mendakwa Golovkin terpaksa berbuat demikian untuk menarik perhatian peminat sukan tinju di Mexico.

“Dia memang hipokrit. Dia menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian peminat. Jika sesuatu yang buruk berlaku di Mexico dia tidak mungkin berada di sana.”

Alvarez yang akan bertarung buat pertama kali dalam tempoh 12 bulan, percaya Golovkin memang patut menang tetapi menolak dakwaan kononnya lawannya itu memiliki gaya tinju Mexico.

“Tidak ada gaya Mexico yang jelas,” kata Alvarez. “Terdapat ramai petinju dari Mexico yang mempunyai gaya berbeza. Gaya saya adalah gaya Mexico.”

Dalam pada itu, Alvarez berkata, dia yakin Golovkin belum bertemu lawan terbaik.

“Dia tidak tahu apa yang saya sudah tunjukkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Ogos 2018 @ 12:54 PM