Asap semasa serangan udara Israel di Rafah, di selatan Semenanjung Gaza, 24 Mei 2024. FOTO REUTERS/Mohammed Salem
Asap semasa serangan udara Israel di Rafah, di selatan Semenanjung Gaza, 24 Mei 2024. FOTO REUTERS/Mohammed Salem
BERNAMA

Gaza: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 35,903 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan di wilayah Palestin dalam satu kenyataan media pada Sabtu, lapor Xinhua.

Dalam tempoh 24 jam lalu, tentera Israel membunuh 46 rakyat Palestin dan mencederakan 130 yang lain, menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban kepada 35,903 dan kecederaan kepada 80,420 sejak konflik Palestin-Israel meletus pada Oktober 2023.

Kenyataan itu memaklumkan beberapa mangsa masih berada di bawah runtuhan di tengah-tengah pengeboman berterusan dan kekurangan pasukan penyelamat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2024 @ 10:42 PM