Peres Jepchirchir. FOTO Agensi
Peres Jepchirchir. FOTO Agensi
Reuters

London: Juara Olimpik dan Maraton New York, Peres Jepchirchir bakal menjadi tumpuan dalam kategori wanita pada acara Maraton Boston, tahun ini.

Ratu Kenya itu yang memenangi pingat emas Olimpik dan merangkul lima kejuaraan utama maraton tahun lalu, akan melakukan penampilan pertama di perlumbaan dekat Boston pada 18 April depan.

"Saya menaruh harapan tinggi untuk bergelar pemenang dan saya mahu tiba di perlumbaan itu dengan persiapan terbaik," katanya dalam satu kenyataan.

Dia dijangka disertai bekas pemenang acara di Boston, Edna Kiplagat dan Des Linden, selain juara London 2021, Joyciline Jepkosgei dari Kenya, begitu juga pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo, Molly Seidel dari Amerika Syarikat.

"Kami sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan antara atlet terpantas dan berjaya wanita di balapan dalam melakar sejarah di Maraton Boston," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Persatuan Olahraga Boston, Tom Grilk dalam satu kenyataan.

Acara kerusi roda pula menampilkan juara lima kali, Tatyana McFadden, pemenang pingat emas Maraton Paralimpik, Madison de Rozario dan Manuela Scar, yang melakar kemenangan di Berlin, London dan Boston pada tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 January 2022 @ 9:58 AM