PERES melintasi garisan penamat di Maraton London 2024. FOTO AFP
PERES melintasi garisan penamat di Maraton London 2024. FOTO AFP
Reuters

London: Penyandang juara Olimpik, Peres Jepchirchir dari Kenya memecahkan rekod dunia perlumbaan wanita sahaja apabila memenangi Maraton London ke-44 hari ini.

Atlet berusia 30 tahun itu menjarakkan diri pada 300 meter terakhir dalam penamat pecut sebelum melintasi garisan penamat di hadapan Istana Buckingham dalam masa dua jam 16 minit 16 saat (s) untuk memadamkan catatan Mary Keitany 2:17:01s yang ditetapkan dalam perlumbaan wanita sahaja di London 2017.

Tigst Assefa dari Ethiopia, yang mencatat masa 2:11.53s di Maraton Berlin pada September untuk mencipta rekod dunia bagi wanita dalam perlumbaan bersama pelari lelaki, menduduki tempat kedua (2:16.23s).

Seorang lagi wakil Kenya, Joyciline Jepkosgei, juara di London pada 2021 menduduki tempat ketiga (2:16.24s).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2024 @ 8:32 PM