AKSI Fury (kiri) ketika menentang Strowman.
AKSI Fury (kiri) ketika menentang Strowman.
Agensi

London: Tyson Fury dalam media sosialnya memberikan bayangan dia mungkin kembali menyertai WWE tidak lama lagi.

Jaguh tinju berusia 33 tahun itu tampil kali pertama dalam sukan gusti pada Oktober 2019 dengan menewaskan lawan dari Amerika Syarikat, Braun Strowman dalam acara Crown Jewel sebelum menobatkan dirinya 'Raja Arab Saudi'.

Fury kemudiannya bergandingan dengan Strowman dalam satu acara pada tahun yang sama tetapi tidak lagi memasuki gelanggang sejak itu.

Dia dilaporkan meraih £12 juta (RM67.59j) pada perlawanan pertamanya, empat bulan sebelum kali kedua menentang Deontay Wilder yang menobatkannya juara dunia heavyweight WBC.

Tetapi jaguh Britain itu memberi bayangan dia mungkin melupakan tinju sekali lagi dalam video Instagramnya kelmarin.

"Hei, saya dalam gim sekarang. Bangun cepat. Ada berita besar menunggu. Pegang kuat!"

Fury tidak menyembunyikan hasratnya untuk kembali ke WWE dan isterinya, Paris, mendedahkan betapa dia benar-benar mahu kembali ke sukan gusti pada Oktober 2021.

"Dia kerap menghubungi (promoter) Vince McMahon. Dia memang sukakannya," kata Paris di BBC Newcastle.

Fury turut berkata kepada Behind the Gloves pada Mac lalu bahawa dia sepatutnya kembali ke WWE dalam pertarungan berbayar di UK pada 2020 tetapi dibatalkan susulan pandemik melanda seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 January 2022 @ 1:21 PM