Jaguh tinju Tyson Fury akan berdepan Chisora di Tottenham. FOTO AP
Jaguh tinju Tyson Fury akan berdepan Chisora di Tottenham. FOTO AP
Agensi

London: Juara heavyweight, Tyson Fury mendedahkan dia akan menaiki kapal terbang terus ke Qatar untuk memberi sokongan kepada skuad kebangsaan England selepas pertarungannya hari ini.

Jaguh tinju berusia 34 tahun itu sedia untuk kembali ke gelanggang buat pertama kali sejak April apabila dia berdepan Derek Chisora di Stadium Tottenham Hotspur.

Fury yakin dapat memenangi pertarungan itu dan berkata dia akan berada di Doha untuk melihat aksi England di suku akhir jika mereka berjaya menewaskan Senegal.

Dia turut mendedahkan akan mengadakan keraian khas di Qatar dengan isterinya Paris tidak menyertainya.

Fury berkata: "Saya tidak sabar beraksi. Saya berasa sangat menakjubkan. Saya sentiasa menang dan begitu juga England."

Fury turut memberi pesanan kepada pasukan England dengan menyatakan: "Anda melakukan semua kerja keras untuk berada di kedudukan ini jadi beraksi di sana dan enjoy ketika bermain dalam perlawanan."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2022 @ 7:03 PM