FURY akan bertemu Usyk pada 18 Mei depan. FOTO AFP
FURY akan bertemu Usyk pada 18 Mei depan. FOTO AFP
Agensi

London: Vitali Klitschko memberitahu Tyson Fury apa yang perlu dilakukannya untuk menewaskan Oleksandr Usyk.

Pemegang gelaran WBC, Fury akan bertemu juara WBO, WBA dan IBF, Usyk pada 18 Mei depan di Riyadh, Arab Saudi.

Fury mengalami kecederaan teruk ketika sesi latihan bulan lalu sekali gus menyaksikan perlawanan bertemu Usyk terpaksa ditangguhkan kepada 18 Mei depan.

Bercakap kepada pembuat filem, Andrew Drury, Klitschko yang kini berusia 52 tahun secara berseloroh meminta Fury menjaga pemakanannya termasuk tidak mengambil alkohol dan dadah.

"Tidak banyak mengambil makanan ringan, tiada alkohol dan tiada dadah adalah persediaan yang baik untuk pertarungan ini," katanya.

Fury pernah mengalami berat badan berlebihan ketika berehat seketika dari sukan tinju tetapi dia kemudian kembali semula ke gelanggang untuk menewaskan Deontay Wilder sekali gus muncul juara dunia.

Mengulas lanjut pertembungan Fury dengan Usyk, Klitschko berkata tiada mana-mana pihak boleh meramalkan siapa yang akan keluar sebagai pemenang.

"Ia adalah kelas heavyweight dan setiap tumbukan akan menentukan keputusan. Sebab itulah satu kesilapan besar jika meramalkan siapa akan menang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2024 @ 12:10 PM