ANTARA aksi Fury (kiri) bertemu KSI. FOTO REUTERS
ANTARA aksi Fury (kiri) bertemu KSI. FOTO REUTERS
Reuters

Manchester: Tommy Fury menewaskan YouTuber, KSI menerusi kiraan mata dalam pertarungan di Arena AO dekat Manchester, hari ini.

Dalam pertarungan kelas cruiser enam pusingan yang kurang kualiti teknikal, kedua-dua petinju melakukan beberapa tumbukan padu.

Fury juga ditolak satu mata pada pusingan kedua kerana melakukan pukulan di belakang kepala KSI.

Daripada tiga hakim itu, seorang memberikan keputusan 57-57, manakala dua yang lain memutuskannya 57-56 memihak kepada Fury, dengan KSI menggelar keputusan itu sebagai 'rompakan' dalam temuramah selepas pertarungannya.

Fury ialah adik tiri kepada juara heavyweight, Tyson Fury. KSI, yang nama sebenarnya Olajide Olatunji, sudah bertarung dalam beberapa perlawanan pertunjukan, termasuk dua pertemuan dengan adik beradik Jake dan Paul Logan.

Lembaga Tinju British tidak mengiktiraf perlawanan itu sebagai pertarungan tinju profesional, menurut BBC.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Oktober 2023 @ 1:49 PM