Petinju Britain, Tyson Fury terpaksa menangguhkan pertarungan berdepan jaguh Amerika. FOTO Agensi
Petinju Britain, Tyson Fury terpaksa menangguhkan pertarungan berdepan jaguh Amerika. FOTO Agensi
AFP

Los Angeles: Petinju Britain, Tyson Fury diuji positif Covid-19 dan pertembungan bagi gelaran heavyweight berdepan Deontay Wilder ditunda dari 24 Julai kepada 9 Oktober, umum promoter pertarungan.

Pertarungan bagi mahkota Majlis Tinju Dunia (WBC) buat Fury tetap dijalankan di T-Mobile Arena dekat Las Vegas.

Fury, mencatatkan rekod 30-0 dengan satu seri dan 21 knockout (KO), berdepan Wilder untuk mengulangi pertarungan pertama mereka pada 2018, selain membolehkan Wilder mengekalkan gelaran WBC.

Tetapi Fury yang berusia 33 tahun pada Ogos ini, menghalang Wilder pada pusingan ketujuh pada Februari 2020 untuk mengesahkan gelaran WBC dan memberikan kekalahan pertama buat jaguh Amerika, yang menyinar 42-1-1 dengan 41 KO.

"Saya hanya mahu membelasah 'Big Dosser' pada 24 Julai, tapi saya fikir pertarungan itu terpaksa ditangguhkan," kata Fury.

"Tidak melakukan kesilapan, saya akan kembali dan lebih baik daripada sebelumnya. Kami akan bertarung pada 9 Oktober dan saya akan membelasahnya."

Fury merancang pertarungan bagi pengesahan gelaran berdepan seorang lagi peninju Britain, Anthony Joshua tetapi Wilder mengaktifkan klausa pertarungan semula dalam kontraknya buat pertemuan ketiga dengan Fury.

Pada Mei, hakim timbang tara, Daniel Weinstein mengesahkan Fury harus bertarung semula dengan Wilder dan pertembungan itu dijadualkan di Las Vegas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Julai 2021 @ 8:11 AM