AZIZULHASNI semakin hampir untuk merealisasikan emas pertama negara selepas layak ke final keirin sebentar tadi. FOTO Bernama
AZIZULHASNI semakin hampir untuk merealisasikan emas pertama negara selepas layak ke final keirin sebentar tadi. FOTO Bernama
Aida Adilah Mat


Tokyo: Hanya selangkah saja lagi buat Datuk Azizulhasni Awang untuk merealisasikan emas pertama negara apabila berjaya mara ke peringkat akhir keirin di temasya Olimpik Tokyo, sebentar itu.

Azizul menamatkan saingan kedua separuh akhir selaku juara menewaskan pelumba Jerman, Maximilian Levy dan Harrie Lavreysen dari Belanda masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Tiga pelumba teratas akan melayakkan diri untuk bersaing di peringkat akhir yang akan berlangsung pada 11 pagi nanti.

Pada aksi akhir Azizul akan turun bersaing bersama, Matthew Glaetzer (Australia), Jason Kenny (Britain), Maximilian Levy (Jerman), Harrie Lavreysen (Belanda) dan Jair Tjon En Fa (Suriname).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Ogos 2021 @ 10:30 AM